Wednesday 24 October 2012

ENJIN PETROL



MAKSUD ENJIN PETROL
*      Maksud enjin petrol ialah sesebuah kenderaan yang menggunakan gas asli iaitu petrol sebagai sumber kuasa kepada enjin untuk menggerakkan sesebuah kenderaan samada enjin tersebut 2 lejang atau 4 lejang. Enjin petrol dan enjin diesel  menggunakan prinsip enjin yang sama iaitu 2 lejang atau 4 lejang.Namun terdapat sedikit perbezaan diantara enjin petrol dan diesel.Terdapat komponen enjin petrol yang tidak ada di dalam enjin diesel dan juga sebaliknya.

CIRI-CIRI LUARAN ENJIN PETROL  4 LEJANG SATU SILINDER
*      Dua jenis kedudukan injap,iaitu injap diatas dan injap di tepi dimana bagi enjin yang mempunyai injap ditepi terdapat satu bukaan di bahagian tepi enjin untuk mengeluarkan injap.
*      Batang celup di bahagian kotak engkol.
*      Tali engkol untuk menghidupkan enjin


KOMPONEN UTAMA ENJIN PETROL 4 LEJANG
Pengenalan:
Enjin 4 lejang menghasilkan kuasa dengan empat kali pergerakan omboh ke atas dan kebawah dalam setiap selinder. 5 komponen utama terdapat dalam enjin 4 lejang iaitu silender, omboh, rod penghujung, aci engkol dan rod tenaga.
Komponen utama dalam enjin 4 lejang:
i. Silinder
ii. Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku.
iii. Rod penghubung
Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh dengan
aci engkol. Rod penghubung berfungsi sebagai penghubungkan omboh dengan aci engkol dan pada masa yang sama menukarkan gerakan salingan omboh kepada putaran pada aci engkol.



iv. Aci engkol
Aci engkol adalah aci utama enjin yang terdiri daripada pin engkol dan jaringan yang ditumpangkan pada kotak engkol melalui galas utama. Aci engkol diperbuat daripada keluli tempa. Hujung hadapan aci engkol dihubungkan kepada injap dan fungsinya untuk menggerakan pam air dalam sistem penyejukan. Hujung belakangnya disambungkan pada roda tenaga .
v. Roda tenaga
Roda tenaga diperbuat daripada disk besi tuangan yang di hubungkan pada hujung aci engkol. Ia berfungsi untuk melicinkan kelajuan enjin di antara lejang kuasa. Apabila daya pusingan dikenakan ke atas aci engkol, roda tenaga akan berputar dan menggerakankan tali sawat.
vi. Omboh
Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa.



c. Proses kitaran enjin 4 lejang
1. Lejang masukan
Omboh bergerak dari atas ke bawah. Isipadu silinder bertambah menyebabkan pengurangan tekanan dan membentuk separa vakum di dalam selinder. Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup. Campuran udara dan bahan api memasuki silinder melalui liang masukan.
2. Lejang mampatan
Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api. Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.
3. Lejang kuasa
Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.
4. Lejang ekzos
Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.




CONTOH ENJIN PETROL 4 LEJANG



No comments:

Post a Comment