Wednesday, 24 October 2012

NATURAL GAS FOR VEHICLE(NGV)


MAKSUD NGV
*    Gas Asli untuk Kenderaan.Juga dikenalisebagai Gas Asli Mampat(COMPRESSED NATURAL GAS-CNG)
SEJARAH NGV
*    Amerika Syarikat merupakan negara pertama yang menggunakan NGV.NGV tersebar luas di Eropah semasa perang dunia 2 dan perkembangan penggunaan NGV semakin meluas bermula tahun 1950.

APA ITU NGV???
*    Digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan di beberapa negara lebih daripada 50 tahun.Lebih daripada 5 juta kenderaan di seluruh dunia untuk menggunakan NGV sebagai bahan api.
*    Dimampatkan dan disimpan pada tekanan 3000 psig.

TUJUAN NGV
*    Tujuan utama penggunaan NGV  adalah sebagai satu alternatif kepada bahan api cecair tradisional selain untuk mempelbagaikan penggunaan bahan bakar kenderaan.NGV juga bertujuan untuk meminimunkan permintaan bahan api tradisional(petroleum) terutamanya dalam sektor perkilangan dan perindustrian.
         



CONTOH SISTEM NGV (PETROL)




KOMPONEN UTAMA NGV
*      FILLING VALVE
-Fungsi filling  valve  sebagai tempat pengisian bahan api gas.
-Biasanya ia ditempatkan pada bahagianengine                                                   
Compartment dan bertekanan tinggi.
-Pemasanganfilling valve mestilah kemas dan ketat
Bagi mengelakkan sebarang kebocoran semasa proses
pengisian bahan api gas.

*      REGULATOR
-Berfungsi untuk mengurangkan tekanan dari 200 bar -0.2 bar yang melalui 3 peringkat yang telah direka khas pada regulator.
-Mempunyai 2 valve iaituinlet (high pressure)danoutlet (low pressure) valve.
-Dipasang jauh dari punca kepanasan dan selari ketinggian dengan radiator.
-Mempunyai laluan air masuk dan keluar yang bersambungan dengan return pipe pada sistem penyejukan supaya dapat memanaskan bahan api gas untuk proses pembakaran yang sempurna.
-Jarak bagilow pressure cover adalah 10 mm dari kompenen enjin supaya pengedaran ruangan atmosfera tidak terganggu.
-Jarak diantara regulator ke mixer tidak terlalu panjang bagi mengelakkan susutan vakum dari enjin.

*      CNG SOLENOID VALVE
-Berfungsi untuk membuka dan menutup laluan bahan api gas.
-Ia dikawal oleh selector swicth.
-Ditempatkan pada regulator dan berhampiran preesure gauge.
-Menghasilkan medan magnet bagi mengerakkan plunger keatas dan 
 kebawah.
-Termasuk dalam kawasan tekanan tinggi.

*      PETROL SOLENOID VALVE -4
-Berfungsi untukmembuka dan menutup laluan bahan api petrol dari
masuk kedalam karburator
-Ia dikawal oleh selector swicth dan menerima 12 v dari bateri untuk
beroperasi.
-Ia ditempatkan diantara karburator dan mechanical fuel pump.
-Khas untuk kenderaan jenis sistem bahanapi karburator sahaja.
-Ia juga menghasikan medan magnet untuk menggerakan plunger.
-Diletakkan pada bodi kenderaan.
*      MIXER
-Sebagai tempat percampuran bahan api gas dan udara
-Binaaanya diperbuat daripada besi aluminium.
-Direka pelbagai bentuk mengikut jenis kenderaan.

*      SELECTOR SWITCH
-Berfungsi untuk mengawal penggunaan bahan api petrol atau gas.
-Sebagai penunjuk kandungan bahan api gas di dalam selinder
berdasarkan lampu 4 lampu led yang terdapat pada display bar.
-Mempunyai 3 jenis warna lampu:
        a) merah  -penggunaan bahan api petrol
        b) Kuning –penggunaan bahan api gas gas
        c) hijau     - Menunjukkan kandungan gas di dalam selinder
-Isyarat kandungan gas berdasarkan bacaan tekanan pada pressure gauge.
-Terdapat 2 jenis selector  switch iaitu jenis karburator dan injection.
-Selalunya ditempatkan pada dashboard sebelah pemandu.
*      PRESSURE GAUGE
-Fungsi pressure gauge ialah membaca tekanan bahan api gas didalam sistem.
-Biasanya ia diletakkan pada regulator kerana kawasan tersebut dalam lingkungan kawasan bertekanan tinggi.
-Sekiranya gas didalam silinder berada dalam keadaan penuh(3000) psi,jarum pada pressure gauge akan menunjukkan bacaan 200 bar.
-Selain itu,lampu led pressuge gauge akan menyalakan keempat-empat dot bewarna hijau yang terdapat pada selector switch.
*      POWER VALVE
-Berfungsi sebagai merpecepat kandan melambatkan pergerakkan campuran bahan api gas dan udara masuk ke dalam ruang pembakaran.
-Valve ini dilaras secara manual bagi mendapatkan permulaan pergerakkan sesebuah kenderaan yang paling baik semasa menggunakan bahan api gas.
-Ia diletakkan di pertengahan low pressure hose.
*      CYLINDER VALVE
-Berfungsi sebagai membuka dan menutup laluan bahan api gas dari selinder kefilling valve.
-Cylinder valve di ikat pada selinder dengan ketat tanpa adanya kebocoran.
Ia berada dalam kawasan tekanan tinggi.
*      CYLINDER
 -Berfungsi sebagai tempat simpanan bahan api gas.
 -Direka khas berbentuk selinder dan mempunyai bahan yang berbeza.
 -Tekanan gas di dalam selinder 200 bar / 3000 psi.
 -Diikat pada brackec dan diletakkkan pada bahagian belakang
kenderaan



KELEBIHAN NGV
*      Bahan api hijau –Tidak mengandungi plumbun dan asap kenderaan mesraalam.
*      Kos operasi yang rendah -kos operasi kenderaan yang menggunakan NGV lebih rendah berbanding menggunakan bahan api lain.
KEKURANGAN NGV
*      Berat kenderaan bertambah
*      Risiko terdapat bocoran gas
*      Hanya segelintir stesen bahan api yang menyediakan gas NGV di Malaysia







ENJIN DIESEL


MAKSUD ENJIN DIESEL
*      Enjin diesel merupakan sejenis enjin pembakaran dalaman yang beroperasi melalui kitar diesel. Ciri utama enjin diesel adalah penggunaan udara termampat untuk membakar bahan api, yang disuntik ke dalam kebuk pembakaran semasa penghujung lejang mampatan [compression stroke]. Ia bertentangan dengan enjin petrol, di mana campuran udara-bahan api dinyalakan oleh palam pencucuh.
SEJARAH ENJIN DIESEL
*      Diesel berasal dari nama seorang pencipta dari Jerman yang menemukan mesin ini pada tahun 1893, iatu Dr. Rudolf Diesel. Pada waktu itu mesin tersebut bergantung daripada kuasa yang dihasilkan ketika kompresi(compression) untuk menyalakan bahan bakar. Bahan bakar ini diteruskan ke silinder oleh tekanan udara pada akhir kompresi(compression).
*      Pada tahun 1924, Robert Bosch, seorang pereka dari Jerman, cuba mengembangkan idea Rudolf Diesel untuk memajukan lagi teknologi enjin diesel. Keberhasilan Robert Bosch dengan mesin diesel ciptaannya tersebut sampai saat ini digunakan oleh masyarakat.
Jenis-jenis enjin diesel


1)IN LINE TYPE INJECTION PUMP FUEL SYSTEM             2)VE TYPE INJECTION PUMP FUEL SYSTEM

CONTOH SISTEM ENJIN DIESEL










Bagaimana enjin diesel  berfungsi??
*    Enjin diesel berbeza dengan enjin petrol melalui penggunaan nisbah mampatan udara yang lebih tinggi untuk membakar bahan api berbanding enjin petrol yang menggunakan palam pencucuh ("pembakaran mampatan" berbanding "pembakaran pencucuhan").
*    Selain nisbah mampatannya yang tinggi sehingga membolehkan pembakaran berlaku tanpa sistem penyalaan berasingan, nisbah mampatan yang tinggi juga meningkatkan kecekapan enjin. Pada enjin petrol pula, nisbah mampatan tidak boleh terlalu tinggi bagi mengelakkan kerosakan enjin akibat pra-nyalaan atau ketukan enjin [knocks].
*    Pada enjin diesel, udara dimampatkan dengan nisbah mampatan lazimnya di antara 15:1 ~ 22:1, meningkatkan suhu udara ke 532 °C. Pada suhu tersebut, udara di dalam kebuk pembakaran akan membakar campuran udara-bahan api. Seterusnya bahan api yang disuntik ke dalam kebuk pembakaran akan terbakar dengan sendirinya, menghasilkan kuasa kepada enjin.





Kelebihan enjin diesel
*      Lebih menjimatkan bahan api berbanding enjin petrol.
*      Mempunyai kecekapan pembakaran bahan api yang lebih tinggi daripada enjin petrol. Nilai kecekapan pembakaran kemuncak sebenar bagi enjin diesel pada loribas dan kereta adalah setinggi 45%  serta mungkin akan mencecah 55% pada masa akan datang.
*      Menghasilkan kurang karbon monoksida kerana membakar bahan api dalam udara berlebihan.
*      Menghasilkan kilasan kemuncak pada kelajuan enjin rendah, menjadikannya sesuai digunakan pada kenderaan berat.
*      Lebih tahan lama serta lebih boleh diharap kerana selain ketiadaan sistem penyalaan elektrik, enjin diesel sememangnya dibina bagi menahan tekanan yang sangat tinggi.
*      Tidak memerlukan palam pencucuh sebagaimana enjin petrol.
Kekurangan enjin diesel
*      Enjin diesel lazimnya lebih berat daripada enjin petrol.
*      Kadar pecutan yang lebih lambat daripada enjin petrol. Walau bagaimanapun, pemasangan pengecas turbo serta teknologi baru seperti sistem suntikan terus rel sepunya membantu meningkatkan kadar pecutan enjin diesel.
*      Menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. Masalah tersebut boleh dikurangkan dengan kawalan diesel elektronik serta penggunaan bahan api diesel yang lebih bersih (kurang kandungan sulfur).
*      Banjaran kuasa yang kecil disebabkan banjaran putaran enjin yang terhad. Ia merupakan sebab utama mengapa kebanyakan lori berat mempunyai kotak gear sehingga sebanyak 18 kelajuan. Pengecas turbo geometri boleh laras membolehkan kilasan enjin disebarkan pada banjaran kelajuan yang lebih meluas.
*      Enjin diesel lebih bising daripada enjin petrol disebabkan ketukan diesel.Penggunaan minyak diesel dengan nilai setana yang lebih tinggi boleh mengurangkan bunyi bising ketukan diesel.