MAKSUD
ENJIN PETROL

CIRI-CIRI LUARAN ENJIN PETROL 4 LEJANG SATU SILINDER



KOMPONEN UTAMA ENJIN PETROL 4 LEJANG
Pengenalan:
Enjin 4 lejang menghasilkan kuasa
dengan empat kali pergerakan omboh ke atas dan kebawah dalam setiap selinder. 5
komponen utama terdapat dalam enjin 4 lejang iaitu silender, omboh, rod
penghujung, aci engkol dan rod tenaga.
Komponen
utama dalam enjin 4 lejang:
i. Silinder
ii. Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada
bahagian hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder
terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk menyejukkan
enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau logam campuran aluminium.
Fungsi silinder adalah sebagai tempat pembakaran berlaku.
iii. Rod penghubung
Rod penghubung adalah rod yang
menyambungkan omboh dengan
aci engkol. Rod penghubung berfungsi
sebagai penghubungkan omboh dengan aci engkol dan pada masa yang sama
menukarkan gerakan salingan omboh kepada putaran pada aci engkol.
iv. Aci engkol
Aci engkol adalah aci utama enjin
yang terdiri daripada pin engkol dan jaringan yang ditumpangkan pada kotak
engkol melalui galas utama. Aci engkol diperbuat daripada keluli tempa. Hujung
hadapan aci engkol dihubungkan kepada injap dan fungsinya untuk menggerakan pam
air dalam sistem penyejukan. Hujung belakangnya disambungkan pada roda tenaga .
v. Roda tenaga
Roda tenaga diperbuat daripada disk
besi tuangan yang di hubungkan pada hujung aci engkol. Ia berfungsi untuk
melicinkan kelajuan enjin di antara lejang kuasa. Apabila daya pusingan
dikenakan ke atas aci engkol, roda tenaga akan berputar dan menggerakankan tali
sawat.
vi. Omboh
Omboh adalah komponen yang bergerak.
Ia berbentuk silinder dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung
dan cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran minyak dan udara
bagi menghasilkan kuasa.
c. Proses kitaran enjin 4 lejang
1. Lejang masukan
Omboh bergerak dari atas ke bawah.
Isipadu silinder bertambah menyebabkan pengurangan tekanan dan membentuk separa
vakum di dalam selinder. Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup.
Campuran udara dan bahan api memasuki silinder melalui liang masukan.
2. Lejang mampatan
Kesemua injap masukan dan ekzos
tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api. Pada
penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran
udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam
silinder pada penghujung lejang mampatan.
3. Lejang kuasa
Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan
pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi
akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin
diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam
kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan
kuasa kepada enjin.
4. Lejang ekzos
Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke
atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.
CONTOH ENJIN PETROL 4 LEJANG
No comments:
Post a Comment